Saturday, March 21, 2009

ZamanRemajaku

Aku hanya seorang gadis biasa namun aku tidaklah sebebas teman-tamanku yang lain kerana kedua-dua ibu dan ayahku memang tegas. Aku tidak boleh keluar sewenang-wenangnya hanya untuk ke tempat tusyen ataupun ditemani ibuku.

Namun, aku seorang anak yang bahagia. Aku belajar di sekolah biasa sedangkan abang dan adikku dapat ke sekolah berasrama penuh. Sememangnya aku rasa amat bodoh jika dibandingkan dengan mereka. Namun, aku punya kejayaan seperti mereka. Aku mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti mereka juga. Sekolah berasrama tidak semestinya menjanjikan kejayaan, namun ketekunan dan keazaman yang jitu yang mampu membawa kejayaan...

Aku mula mengenal cinta di usia yang amat muda iaitu pada usia 10 tahun. Ramai yang menyangka ianya adalah cinta monyet namun aku lebih tahu. Lelaki itu masih mempunyai tempat yang amat istimewa di hatiku sehingga ke hari ini walaupun kami berdua sudah mempunyai keluarga masing-masing. Namun jauh di sudut hatiku aku tahu bahawa aku jua masih mempunyai tempat istimewa di hatinya.

Kami dipisahkan oleh keadaan di mana aku melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan dia hanya mampu belajar di dalam negara. Namun, demi kasihnya padaku..dia menyertai ALAM dengan niat dia akan bertemu aku di United Kingdom kelak. Namun takdir tidak menyebelahi kami. Setiap kali dia ke UK, kami tidak dapat bertemu. Setiap kali aku mendapat postcard atau panggilan darinya, kapalnya sudah berlepas pulang ke Malaysia...

Walau bagaimanapun, kami meneruskan perhubungan dari jarak jauh. Hanya dialah satu-satu raja di hatiku. Walaupun aku punyai ramai kenalan, namun hanya dia di hatiku...