Saturday, April 11, 2009

Ke Alam Dewasaku

Aku mula belajar mengenai hidup di usia yang muda. Ketika itu aku mula merantau ke luar negara bagi melanjutkan pelajaranku di usia seawal 17 tahun. Apalah yang aku tahu....Lagipun kehidupanku memang terkongkong sejak aku kecil...Seperti katak yang di bawah tempurung yang mana mula bebas melihat dunia yang amat luas. Aku jadi gelojoh..Aku ingin mengetahui and mengenali dunia baruku itu...

Kebebasan yang pertama kali dikecapiku itu membuatku "adventurous". Malah pada hari pertama aku menjejak kaki ke luar negara, aku terus keluar meneroka bandar London seorang diri sebaik sahaja aku meletakkan beg pakaianku. Aku amat dahagakan pengalaman dan kebebasan yang aku perolehi itu amat berharga dan aku tidak mahu langsung membuang masa dengan terperap di rumah seperti rakan-rakan yang lain.

Aku berjalan meneroka kota London hingga ke malam baru aku pulang.....Puas rasanya hatiku ketika itu..Walaupun usiaku teramat muda namun hatiku amat besar dan amat dewasa berbanding teman-teman yang lebih tua dariku yang lain....

Keesokan paginya, aku bangun awal. Aku ingin melihat kota London di waktu pagi. Teman sebilik ku menemani aku untuk sarapan. Apa yang aku nak makan ek? Kami ronda di kawaasan Bayswater. kami cuma beli roti dan susu sekotak. Kami meneruskan perjalanan ke Hyde Park. Di situ kami terjumpa Ajak dan Zaaba. Ajak mengeluh betapa mahalnya makanan di London. Aku cuma bagitau jangan cuba nak mengira matawang sterling ke ringgit malaysia. Kalau nak kira macam tu, mampus la tak makan.

Kami jalan berempat melihat kota London menerusi Hyde Park ke Marble Arch. Kami berhenti makan di Malaysia Hall. Hmm ..ramainya Malaysian di Kota London...Aku puas dapat melihat dunia luar dari Malaysia....

No comments:

Post a Comment